Penduduk Taman Harmoni tidak dibenarkan keluar

SEMUA penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Batu 3, Sandakan, tidak dibenarkan keluar dari kawasan perumahan berkenaan bermula 2 petang tadi.

Difahamkan, terdapat penduduk positif Covid-19 dikesan di sebuah rumah di PPR berkenaan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati orang ramai tidak dibenarkan masuk ke lokasi itu kecuali penghuni sebenar.

Dalam masa sama, penghuni yang ingin keluar tidak dibenarkan sama sekali.

Anggota polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam (APM), kakitangan kesihatan dan kakitangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah berada di lokasi kejadian bagi melakukan kawalan.

Namun, setakat ini pihak media belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak sama ada PPR itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengamal media turut berkumpul berdekatan pagar utama PPR berkenaan menanti maklumat lanjut.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

  • Lagi berita berkaitan Covid-19