Dipindahkan ke hotel, bukan positif Covid-19

“KEJADIAN itu berlaku lebih seminggu lalu, Apa yang berlaku ialah pelajar sebuah pusat tahfiz di situ dipindahkan ke hotel berdekatan Chow Kit bagi membolehkan bangunan itu dibersihkan,” kata Ahli Jawatankuasa Penduduk Flat Kampung Baru, Mohd Fauzi Abdullah.

Menurutnya, kawasan berkenaan memang mempunyai kes positif Covid-19, namun ia bukanlah seramai seperti yang tular iaitu seramai 45 orang.

Katanya, kawasan perumahan itu terdiri pelbagai latar belakang masyarakat termasuk pelajar tahfiz serta pengikut tabligh.

“Kalau ikutkan, pusat tahfiz berkenaan sudah boleh beroperasi semula, tetapi saya tak pasti mungkin dilanjutkan lagi atau tidak.

“Tapi yang tular ramai-ramai naik bas itu bukan dijangkiti Covid-19, mereka dipindahkan ke hotel berdekatan,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu tular satu amaran mesej di media sosial agar orang ramai tidak memasuki kawasan Chow Kit atau kawasan Kampung Baru kerana dikatakan terdapat 45 orang penduduk flat berkenaan dijangkiti wabak pandemik itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan